Thursday, November 13, 2008

UPSR 2008... Bagaimana keputusan di Terengganu?

Keputusan UPSR 2008 Lebih Baik Berbanding Lima Tahun Lepas

PUTRAJAYA, 13 Nov (Bernama) -- Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini, pada keseluruhannya lebih baik berbanding lima tahun sebelumnya dengan jumlah yang mendapat semua A meningkat.Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata daripada 518,616 calon UPSR seramai 46,641 orang atau 9.2 peratus mendapat semua A dalam matapelajaran yang mereka ambil, berbanding 7.8 peratus lima tahun sebelumnya.Peningkatan juga jelas berlaku pada bilangan calon yang menjawab sepenuhnya soalan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris meningkat dengan seramai 159,234 pelajar menjawab soalan Sains dalam Bahasa Inggeris berbanding 1,324 orang tahun sebelumnya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini bagi mengumumkan keputusan UPSR 2008.Beliau berkata bagi soalan Matematik, seramai 238,153 pelajar menjawab sepenuhnya di dalam bahasa Inggeris berbanding 1,075 pelajar pada tahun 2007."Semua calon dibenarkan menjawab soalan menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya atau Bahasa Melayu atau bahasa ibunda atau bercampur-campur dalam bahasa Inggeris, Melayu dan ibunda," kata beliau.Alimuddin berkata pencapaian keputusan yang menggalakkan juga dicatat bagi lima mata pelajaran, termasuk di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina Penulisan, Bahasa Tamil Penulisan dan Sains."Kesemua mata pelajaran ini menunjukkan peningkatan yang signifikan dari segi gred cemerlang A iaitu 4.1 peratus iaitu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan untuk Sekolah Kebangsaan (SK) dan Bahasa Melayu Pemahaman untuk SJK."Untuk subjek Bahasa Inggeris SK pula, ia mencatatkan peningkatan sebanyak 4.4 peratus manakala Bahasa Cina Penulisan mencatatkan peningkatan sebanyak 3.9 peratus dengan peningkatan tertinggi sebanyak 4.8 peratus dicatatkan menerusi subjek Bahasa Tamil Penulisan," katanya.Beliau berkata, aras kenaikan atau penurunan yang signifikan bagi prestasi mata pelajaran yang diukur dari nilai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) ialah 0.03."Enam mata pelajaran yang mempamerkan peningkatan signifikan ialah Bahasa Melayu Pemahaman SK pada aras 0.07, Bahasa Melayu Penulisan SK (0.06), Bahasa Melayu Penulisan SJK (0.11), Bahasa Cina Penulisan (0.07) dan Bahasa Tamil Penulisan pada 0.04, manakala peningkatan tertinggi ialah menerusi subjek Bahasa Inggeris SK pada 0.24," katanya. (BERNAMA)
Apa yang menjadi persoalan ialah berapa peratuskah kejayaan yang dicatat oleh sekolah-sekolah luar bandar seperti Sek. Keb. Bukit Diman, Sek. Keb. Kg Kua, Sek. Keb Tengkawang, Sek Keb Shukur (Kuala Jengai, Dungun), Sek Keb Telemong, Sek Keb Dura, Sek Keb Ladang Fikri, Sek Keb Ladang Jaya, Sek Keb Ladang Tayor, Sek Keb Kg Bukit, Sek Keb Ladang Gajah Mati dan lain-lain sekolah luar bandar di Terengganu. Penulis mengutarakan persoalan ini kerana ramai wakil rakyat dan YB dari Parlimen Hulu Terengganu adalah bekas-bekas guru. Ahli Parlimen Hulu Terengganu pula bekas Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, begitu juga ADUN Ajil, ADUN Telemong, ADUN Kuala Berang. Berjayakah sasaran kementerian pelajaran dan kerajaan menggunakan pengajaran dan pembelajaran bahasa inggeris untuk mata pelajaran sains dan matematik? Opps lupa, YB Datuk Razali Ismail - Timbalan Menteri Pelajaran (bekas Pengarah Pendidikan Terengganu) juga perlu menjawab persoalan ini.
Penulis bukan mempertikaikan kemampuan pelajar-pelajar UPSR dari Hulu Terengganu, cuma inginkan pandangan dan pendapat yang sebenarnya dan realiti daripada YB Cikgu dari Hulu Terengganu ini berkaitan dengan isu ini. Apa yang pasti YB-YB ini tahu dan memahami keadaan yang sebenarnya. Adakah YB-YB ini akan terus menyokong dasar kementerian ataupun berubah selepas ini. Kita usah pertikaikan pencapaian keputusan UPSR bagi sekolah-sekolah bandar. Sampai bila pun luar bandar akan ketinggalan disebabkan banyak faktor faktor semulajadi dan tempatan.
Sekian.

2 comments:

Unknown said...

al fatihah buat ALLAHYARHAM dato Razali iSmail.. pemergiannya ibarat kehilangan sebutir permata dalam pembangunan pendidikan negara..

1. Saya cukup tertarik dengan entry kali ini berkaitan pencapaian UPSR dengan penggunaan BI dalam Sains dan Math..

2. Berasal dr kampung, saya membesar dengan BI dalam sains dan matematik. atas pengalaman dan situasi kontemparari yang saya sendiri hadapi, saya menyokong penuh dasar ppsmi.. dengan syarat, kerajaan harus melakukan sesuatu supaya ibu bapa di luar bandar menggalakkan anak2 membudayakan sikap membaca dan cintakan ilmu.

3. bahasa ibunda sngt penting. namun andaikata kita analisis susur galur pembangunan negara, andaikata kita mahu maju, kita harus linear dengan pasaran global yang lebih luas dengan modal insan yang memenuhi kriteria2 yang diperlukan untuk kita ke hadapan dalam dunia diberi nama globalisasi ini..

3. salam ukhwah, salam blogger

UMNO PARTI PENJARA said...

Keputusan UPSR kat terengganu sentiasa ok :-)


















Ugut-mengugut bukan budaya kita :-)
http://pro-faizal.blogspot.com