Sebagaimana sedia maklum persaingan sengit telah berlaku dalam pemilihan UMNO Bahagian di Terengganu yang mana menyaksikan ramai tokoh-tokoh kecundang dan mungkin akan terus tenggelam dalam pilihanraya akan datang.
YB Ramlan Ali - ADUN Jabi gagal dalam cubaan merebut jawatan Ketua Bahagian Setiu, begitu juga dengan YB Din Adam - ADUN Bukit Besi (bekas EXCO zaman YB DS Idris Jusoh) yang tewas kepada penyandang jawatan berkenaan. Malah cubaan YB Datuk Rosol - ADUN Ajil (bekas EXCO kanan zaman YB DS Idris Jusoh) untuk mempertahankan jawatannya juga kecundang di tangan YB Rozi - ADUN Telemong yang juga EXCO Terengganu. Bahkan paling mengejutkan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar 'Giant Killer' juga tunduk kepada YB Yahya - ADUN Pengkalan Berangan (EXCO) pada pemilihan Ketua Bahagian Marang.
Sama-sama kita saksikan sama ada tokoh-tokoh ini tersenarai sebagai calon pilihanraya akan datang atau pun akan di nyahkan terus daripada persada politik UMNO Terengganu. Yang pasti zaman kegemilangan YB Rosol, YB Din dan YB Abd Rahman Bakar telah berakhir dan tidak akan melayang ke puncak peringkat UMNO Pusat untuk jawatan Naib Presiden, Timbalan Presiden!
Sekian.
1 comment:
begitulah adat pertandingan,saya berharap dapat sokongan dari rakyat dan kerajaan,insyaALLAH
Post a Comment