Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah, syukur kerana kerajaan menurunkan harga minyak petrol berdasarkan penurunan harga petrol global. Ekonomi Amerika parah menyebabkan permintaan petrol semakin menurun.
Tapi, mungkinkah dengan penurunan harga minyak kepeda RM 2.45/liter ini menggembirakan golongan miskin di pedalaman. Aku rasa mereka tidak gembira sangat. Ini kerana biarpun petrol dan diesel turun, namun barangan keperluan naik mendadak. Sama ada percaya atau tidak dulu sebungkus maggi (tahun 1995) hanyalah RM 0.45 sebungkus. Kini sebungkus harganya mencecah RM 1.00. Bab kata orang, yang miskin akan terus miskin. Yang kaya akan semakin berlipat kekayaannya. Tu baru maggi, makanan rasmi orang bujang dan luar bandar. Barangan lain yang berasaskan tepung juga sama. Dah la beras pon mahal......
Apa yang membinggungkan aku, semua pemimpin segan untuk bercakap akan hal ini dan amat payah untuk mencari pemimpin yang benar-benar wakil rakyat yang luahkan isi hati rakyat. Bagiku UMNO, PAS, PKR, DAP, GERAKAN, BEBAS dan semuanya wakil ini adalah insan yang tak pernah rasa hidup payah. Percayalah..... Aku bukan dengkikan mereka. Itu rezeki mereka. Bila pilihanraya muncul berbuihlah mulut calon-calon menabur janji... membawa masalah rakyat ke atas. Setelah angkat sumpah dan terima elaun sebagai wakil rakyat. Rakyat bawahan akan mendapat hampas saja dan sisa-sisa projek. Yang paling penting gemukkan perut sendiri dulu & penuhkan kantong peribadi... Aku tak mengata kepada mana-mana wakil. Hakikatnya semua begitu...
Oleh yang demikian, aku langsung tak berminat menjadi mana-mana ahli parti. Aku pon baru mengundi 2 kali je dalam hidupku. Last general election, aku langsung tak berminat nak balik mengundi mana-mana calon. Biarkan mereka. Aku puas.... Walauapa pun aku menyokong mana-mana calon favourite ku. Aku yakin dan percaya Najib & Muhyiddin menerajui UMNO dan Muhriz & Razali terajui pemuda. Aku bukan tak sukakan Khairy... tapi dia masih muda. So, jangan le excited. Ramai lagi orang nak jadi Ketua Pemuda. Bagi yang senior dulu menabur bakti.
Malaysia: Asia’s emerging higher education hub
8 years ago
No comments:
Post a Comment