Assalamualaikum & Salam Sejahtera bloggers....Akhir-akhir ini politik Terengganu semakin panas tatkala pemilihan bahagian sedang & akan berlangsung. Adat pertandingan ada yang tersungkur dan ada yang menang bergaya. Masing-masing punyai strategi tersendiri meraih undi popular.
Akan tetapi apa pun perubahan yang bakal berlaku, UMNO Terengganu mengalami kepimpinan yang serius. Percaya atau tidak, terpulang kepada penilaian anda. Sedar atau tidak Terengganu kini ketandusan pemimpin yang serius. Sebagai contoh, Bahagian Hulu Terengganu hanya dipenuhi barisan bekas pendidik, yakni guru guru sekolah menengah dan rendah. Ahli Parlimen Hulu Terengganu - YB Mohd Nor Othman adalah bekas guru -, ADUN Ajil - YB Datuk Rosol Wahid juga bekas guru, ADUN Kuala Berang - YB Mohd Zawawi Ismail, EXCO Terengganu (DUN Telemong) YB Rozi Mamat juga bekas guru. Sejauh manakah bekas-bekas pendidik ini mengubah Hulu Terengganu? Jawapannya amat hampa. Hingga kini tiada satu pun IPTA didirikan disini. Malah jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Daerah Pasir Mas, Kelantan yang diperintah oleh kerajaan PAS!
Bandaraya Kuala Berang hanya terdapat Maybank, Agrobank, Bank Simpanan Nasional dan ATM CIMB dipagar IPD Hulu Terengganu. Lazimnya pengurusan Bank akan menubuhkan cawangan sekiranya urusniaga rancak dan pulangan yang memberansangkan sahaja. Oleh yang demikian, dapat lah kita simpulkan bahawa Pekan Kuala Berang hanya lah 'pekan koboi' dan tidak membangun. Bahkan tiada satu pun hotel berbintang disitu. Semasa pilihanraya kecil DUN Kuala Berang dahulu semua kepimpinan pusat turun padang dan menginap di Hotel sekitar Kuala Terengganu dan berulang alik ke Kuala Berang.
Mungkin bekas pendidik hanya sesuai untuk UMNO versi 1970-an sahaja dan tidak lagi zaman ini. UMNO Hulu Terengganu perlu diremajakan. Sejak Merdeka hingga kini tiada seorang pun wakil rakyat dari Parlimen Hulu Terengganu atau DUN-DUN naungan Hulu Terengganu yang menjawat jawatan Menteri Pusat atau Menteri Besar. Hanya Datuk Tengku Putera Awang menjadi Timbalan Menteri Kewangan II, itu pun tak sampai sepenggal.
UMNO Hulu Terengganu perlu berani dan hapuskan legasi kepimpinan guru yang mewarnai jentera bahagian, kerana tiada apa yang bekas guru-guru ini perjuangkan dan pandangan bekas pendidik ini langsung tidak didengari kepimpinan UMNO Pusat. Percaya atau pun tidak suara-suara bekas pendidik ini tenggelam di dalam Dewan Rakyat dan DUN Terengganu.
Secara jujurnya MP Kuala Terengganu - YB Datuk Razali Ismail juga bekas pendidik, ADUN Jabi - YB Ramlan Ali dan ramai lagi kepimpinan UMNO Terengganu pernah bergelar cikgu. Dalam sidang dewan suara-suara cikgu ini mudah dipatahkan oleh pembangkang dan penyokong kerajaan. Berapa ramai dikalangan cikgu-cikgu ini lulusan sarjana & PhD? Kepimpinan UMNO Pusat hanya memilih mereka yang berkelayakan dan berkemampuan untuk membarisi kepimpinan kabinet. Sebagaimana sedia maklum Terengganu hanya ada 6 parlimen, 1 dibarisi pembangkang. Hanya Datuk Ahmad Shabery Cheek dilantik Menteri Penerangan Malaysia - menjaga hal elwal RTM dan membeli cerita @ filem indon untuk mengindonkan rakyat Malaysia. Terengganu semenjak turun temurun dikhaskan barisan kabinet yang menjaga hal elwal agama islam melalui Parlimen Besut. Timbalan Menteri Dalam Negeri - Senator Datuk Wan Farid Wan Salleh adalah dari golongan elit Terengganu dan tidak popular peringkat akar umbi. Beliau adalah peguambela & peguamcara.
ADUN ADUN daripada Bahagian Dungun, Setiu dan Hulu Terengganu tidak pernah dilantik dan layak menerajui Negeri Terengganu. Era Tan Sri Dato Sri Amar Diraja Wan Mokhtar Ahmad - wakil Kemaman, Datuk Seri Haji Hadi Awang (PAS) - wakil Marang, Datuk Seri Haji Idris Jusoh - Besut dan kini kembali dikuasai wakil Kemaman - YAB Datuk Ahmad Said.
Mungkinkah selepas ini akan ada wakil-wakil dari Hulu Terengganu, Setiu dan Dungun? Sama-sama kita saksikan. Datuk Tengku Putera Awang mungkin mewakili DUN Telemong semula untuk tiket Menteri Besar. Datuk Din Adam mungkin kecundang dan digugurkan daripada DUN Bukit Besi dimasa akan datang. Mungkin juga YB Datuk Rosol Wahid dipadamkan daripada senarai ADUN pada pilihanraya akan datang. Begitu juga dengan Cikgu Ramlan Ali. Ayuh kita saksikan pertembungan sengit dalam pemilihan bahagian kali ini. Sejarah bakal terpahat di tahun 2008/2009.
Sekian, kita bersambung lagi..............